Terdapat dua cara untuk mendaftar rakan niaga Touch ‘n Go eWallet:
- Melalui pendaftaran kendiri di aplikasi Touch ‘n Go eWallet:
Pemilik Perniagaan SME yang memiliki nombor perniagaan pendaftaran SSM yang sah boleh mendaftar sebagai rakan niaga Touch 'n Go eWallet melalui aplikasi kami. Paling menarik, pendaftaran anda akan mendapat kelulusan secara serta-merta! Untuk bermula, buka aplikasi Touch 'n Go eWallet, tekan ikon ‘Rakan Niaga (Merchant)’, pilih ‘SME’ dan ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam video ini:
Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki memberikan butiran akaun bank yang sepadan dengan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semasa proses pendaftaran, dan hanya pemilik perniagaan dan pengarah syarikat yang layak untuk mendaftar.
Peniaga Kecil yang berniaga dari rumah, dalam media sosial, atau mempunyai gerai di tepi jalan boleh mendaftar sebagai rakan niaga Touch 'n Go eWallet melalui aplikasi kami. Paling menarik, pendaftaran anda akan mendapat kelulusan serta-merta! Untuk bermula, buka aplikasi Touch 'n Go eWallet, tekan ikon ‘Rakan Niaga (Merchant)’, pilih ‘Individual Traders’ dan ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam video ini:
Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki memberikan butiran akaun bank yang sepadan dengan nama yang didaftarkan dalam akaun Touch 'n Go eWallet anda semasa proses pendaftaran, dan hanya pemilik perniagaan yang layak untuk mendaftar.
- Melalui agensi – Anda perlu mengisi butiran maklumat perniagaan anda dalam borang yang disediakan oleh agen dan sertakan dokumen yang diperlukan di bawah:
Untuk syarikat yang berdaftar sebagai Sdn Bhd:
-
-
-
-
- Kad pengenalan Pengarah – salinan kad pengenalan yang jelas, depan dan belakang serta palangkan "Untuk kegunaan TNGD SAHAJA";
- Satu set SSM – Satu Sijil Perbadanan (dikenali sebagai Form 9 terdahulu), butiran syarikat di bawah Section 14 (sebelum ini Form 44) dan butiran Pengarah, Pengurus dan Setiausaha dibawah Section 58 (sebelum ini Form 49); dan
- Penyata akaun bank syarikat – header dengan nombor akaun bank sahaja.
-
-
-
Bagi syarikat yang berdaftar sebagai Enterprise (Perkongsian atau Pemilik Tunggal):
-
-
-
-
- Kad pengenalan pemilik perniagaan - salinan kad pengenalan yang jelas, depan dan belakang serta palangkan "Untuk kegunaan TNGD SAHAJA";
- Borang pendaftaran SSM yang lengkap dengan tarikh, alamat dan maklumat perniagaan yang sah; dan
- Penyata akaun bank syarikat – header dengan nombor akaun bank sahaja.
-
-
-
Bagi pemilik tunggal seperti Penjaja atau peniaga Pasar Malam:
-
-
-
-
- Kad pengenalan pemilik perniagaan - salinan kad pengenalan yang jelas, depan dan belakang serta palangkan "Untuk kegunaan TNGD SAHAJA";
- Lesen perniagaan yang sah dari pihak berkuasa, contoh: DBKL/MPS/MBPJ; dan
- Penyata akaun bank pemilik – header dengan nombor akaun bank sahaja.
-
-
-
Bagi peniaga-peniaga individu (hanya Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas):
-
-
-
-
- Kad pengenalan pemilik perniagaan - salinan kad pengenalan yang jelas, depan dan belakang serta palangkan "Untuk kegunaan TNGD SAHAJA";
- Gambar/Tangkapan Skrin yang menunjukkan pengesahan akaun yang Berjaya; dan
- Penyata akaun bank pemilik – header dengan nombor akaun bank sahaja.
-
-
-