Untuk setiap Pembelian Langganan Soundbox, anda akan dikenakan bayaran muka, yang dianggap sebagai bayaran aktivasi. Selepas itu, anda akan dikenakan bayaran bulanan berturut-turut untuk bulan pertama hingga bulan ke-24 langganan. Mulai bulan ke-25 dan seterusnya, bayaran perkhidmatan bulanan akan dikenakan seperti yang dinyatakan di bawah. Semua pembayaran yuran akan dilakukan melalui Auto Debit dari akaun Touch 'n Go eWallet pembeli.
*Bermula 1 Januari 2024, yuran perkhidmatan bulanan Soundbox RM6 akan digugurkan sehingga pemberitahuan lanjut dari TNGD. Walaubagaimanapun, TNGD berhak untuk mengembalikan dan mengenakan yuran tersebut pada bila-bila masa pada masa akan datang dengan memberikan notis bertulis sebelumnya selama empat belas (14) hari bagi mencerminkan perubahan tersebut.