Yuran pembaharuan tahunan sebanyak RM80 adalah caj tahunan yang memastikan sambungan perkhidmatan Soundbox Pocket berterusan, jadi peranti anda boleh menyediakan makluman transaksi melalui perkhidmatan rangkaian (kad SIM). Anda akan dimaklumkan sebelum permulaan kitaran 12 bulan yang baru bahawa RM80 akan ditolak secara automatik daripada baki TNG eWallet pengguna yang mengaktifkan Soundbox. Makluman ini juga berfungsi sebagai peringatan untuk anda menambah baki eWallet anda bagi memudahkan potongan dan mengelakkan penamatan perkhidmatan.