TNG eWallet Soundbox Lite adalah peranti audio pintar baharu kami yang memaklumkan kepada anda notifikasi segera setelah anda menerima bayaran. Peranti ini perlu disambungkan ke internet SIM atau rangkaian Wi-Fi anda.
Apabila pelanggan mengimbas dan membuat pembayaran melalui kod QR Touch ‘n Go eWallet atau kod QR DuitNow, TNG eWallet Soundbox Lite akan memaklumkan dan mempamerkan jumlah di paparan LED. Harap maklum bahawa TNG eWallet Soundbox Lite tidak tersedia untuk P2P Seller.
Untuk butiran lanjut mengenai TNG eWallet Soundbox Lite, sila rujuk panduan pengguna di bawah: