Soundbox Lite adalah peranti audio pintar baharu kami yang memaklumkan kepada anda notifikasi segera setelah anda menerima bayaran. Peranti Soundbox Lite ini perlu disambungkan ke internet SIM atau rangkaian Wi-Fi anda.
Apabila pelanggan mengimbas dan membuat pembayaran melalui kod QR Touch ‘n Go eWallet atau kod QR DuitNow, Soundbox Lite akan memaklumkan dan mempamerkan jumlah di paparan LED. Harap maklum bahawa Touch ‘n Go eWallet Soundbox Lite tidak tersedia untuk P2P Seller.
Untuk butiran lanjut mengenai Touch ‘n Go eWallet Soundbox Lite, sila rujuk panduan pengguna di bawah:
Satu salinan panduan pengguna akan disediakan di setiap pembelian. Tonton video ini untuk panduan menggunakan Touch 'n Go eWallet Soundbox Lite.