Sekiranya anda ingin menambah *cawangan perniagaan, anda hanya perlu mengisi maklumat perniagaan dan hantar melalui pendaftaran kendiri di aplikasi Touch ‘n Go eWallet dengan beberapa langkah seperti berikut:
Langkah 1: Pilih ikon “My Business” di muka utama
Langkah 2: Pilih ‘Dashboard’ dan kemudian masukkan PIN
Langkah 3: Klik ikon “Account”
Langkah 4: Pilih Nama Merchant pada bahagian atas di halaman Profile
Langkah 5: Klik pada “Add an Outlet”
*Nota:
1. Hanya untuk perniagaan yang berdaftar dengan SSM dan cawangan didaftarkan oleh pemilik perniagaan sahaja.
2. Semua pembayaran cawangan akan dikreditkan ke akaun bank HQ.
3. Jumlah maksimum outlet yang boleh didaftar terhad kepada 50 cawangan sahaja.