Dengan bertukar daripada pengguna biasa kepada perniagaan, anda kini akan menerima pemberitahuan notifikasi jualan anda melalui aplikasi yang membolehkan anda mengesan semua transaksi dengan mudah di satu tempat.
Sila ambil perhatian: Hanya pemilik atau pengarah syarikat yang mempunyai nombor telefon bimbit berdaftar dengan akaun Touch 'n Go eWallet sahaja yang boleh menggunakan “Merchant Dashboard”.
Untuk mengaktifkan “Merchant Dashboard”, pemilik atau pengarah syarikat perlu mengemukakan maklumat berikut:
- Nama dan nombor pengenalan diri (NRIC)
- Nombor telefon yang didaftarkan/nombor akaun Touch ‘n Go eWallet
Sekiranya pemilik ingin mendaftar untuk pihak ketiga, sila lampirkan dokumen-dokumen berikut:
- Surat Kuasa – pemilik/pengarah syarikat dikehendaki menulis satu surat pengesahan untuk membenarkan pihak ketiga sebagai wakil syarikat. Surat tersebut hendaklah mempunyai nama dan nombor kad pengenalan calon yand disahkan oleh salah seorang perngarah syarikat; dan
- Satu salinan kad pengenalan calon yang ingin didaftarkan
Pemilik akan menerima satu notifikasi dalam aplikasi sebaik “Merchant Dashboard” sudah diaktifkan.
Sekiranya anda berminat menerima notifikasi dalam Touch 'n Go eWallet, anda boleh mengisi borang di SINI. Wakil Bantuan Rakan Niaga akan menghubungi anda dalam tempoh 3 hari bekerja.