Ya, sudah tentu. Dana penyelesaian anda disimpan dengan selamat dalam akaun amanah yang diuruskan oleh bank berlesen yang merupakan ahli PIDM. Ini bermakna dana tersebut dilindungi di bawah perlindungan PIDM sekiranya berlaku kegagalan bank.
Semua pengendali eWallet dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Kami tidak dibenarkan menggunakan dana penyelesaian anda untuk sebarang tujuan selain daripada transaksi yang dibenarkan, seperti memproses dan menyelesaikan pembayaran kepada penerima yang diluluskan. Dana ini diasingkan daripada dana operasi TNG Digital dan diurus mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
Langkah-langkah ini memastikan dana penyelesaian anda kekal selamat dan diurus dengan penuh keselamatan pada setiap masa.