Ini adalah ciri baru dalam TNG eWallet yang membolehkan pengguna mencari peniaga Touch 'n Go eWallet berdekatan. Dari "Near Me", pengguna boleh mendapatkan maklumat seperti waktu operasi, lokasi outlet, butiran hubungan perniagaan, kategori perniagaan, jarak, serta ulasan dan komen dari pengguna lain.