MDR adalah caj yang ditolak dan dibayar ke TNG Digital Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada perkhidmatan pemprosesan pembayaran digital. Ianya akan dicajkan secara automatik apabila rakan niaga bagi menerima pembayaran Touch ‘n Go eWallet daripada pelanggan. Ia hanya dikenakan kepada rakan niaga yang menggunakan QR statik dan memenuhi kriteria berikut:
- Rakan niaga SME yang mempunyai 5 buah cawangan kedai dan ke atas berdasarkan sijil SSM atau
- Rakan niaga yang mempunyai terminal pembayaran tanpa tunai.