Untuk rakan niaga yang telah berdaftar, anda boleh aktifkan DuitNow QR dalam “Merchant Dashboard” anda dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Dalam “Merchant Dashboard” , tekan pada ikon “Profile” kemudian tekan “Business QR Code”
Langkah 2: Di halaman “Local Business QR sticker” , leret ke kiri
Langkah 3: Skrin pengaktifan DuitNow QR akan dipaparkan, tekan “Activate Now”
Langkah 4: Baca dan tandakan pada Terma & Syarat dan tekan “Activate DuitNow QR” untuk menghantar permintaan anda.
Ia akan mengambil sehingga 3 hari bekerja untuk mengesahkan dokumen perniagaan anda. Rakan niaga akan menerima notifikasi dalam aplikasi apabila DuitNow QR telah diaktifkan.