Bagi setiap pembelian langganan Soundbox (Soundbox Subscription Purchase), anda akan dikenakan kos pendahuluan (upfront cost) yang akan dianggap sebagai yuran pengaktifan (activation fee) bagi Pembelian Langganan Soundbox anda, diikuti dengan Yuran Langganan (Subscription fee) bulanan secara berterusan (bagi bulan pertama sehingga bulan ke-24 langganan), dan Yuran Perkhidmatan (service fee) bulanan (bagi bulan ke-25 langganan dan seterusnya), seperti yang disenaraikan di bawah. Semua pembayaran Yuran akan dilaksanakan melalui Auto Debit daripada akaun Touch 'n Go eWallet berdaftar pembeli. Sekiranya kami tidak dapat menolak Yuran tersebut daripada akaun TNG eWallet berdaftar pembeli, jumlah tertunggak akan ditolak daripada pembayaran Merchant Settlement akan datang milik pembeli.