Untuk syarikat yang berdaftar sebagai Sdn Bhd atau Perusahaan, dokumen yang diperlukan adalah:
- NRIC pemilik perniagaan atau NRIC Pengarah – salinan kad pengenalan yang jelas, depan dan belakang serta palangkan "Untuk kegunaan TNGD SAHAJA";
- Borang lengkap pendaftaran SSM terkini dengan tarikh, alamat dan maklumat perniagaan yang sah; dan
- Penyata terkini akaun bank syarikat – Lampiran maklumat akaun dan nombor akaun bank sahaja.
Untuk Pemilik Tunggal atau Peniaga Individu, dokumen yang diperlukan adalah:
- NRIC pemilik perniagaan – salinan kad pengenalan yang jelas, depan dan belakang serta palangkan "Untuk kegunaan TNGD SAHAJA";
- Lesen operasi perniagaan terkini daripada pihak berkuasa tempatan, cth: DBKL/MPS/MBPJ; dan
- Penyata terkini akaun bank pemilik – Lampiran maklumat akaun dan nombor akaun bank sahaja.
Sila hantar dokumen yang diperlukan DI SINI
Selepas permintaan dihantar, wakil perkhidmatan kami akan menghubungi anda dalam masa 5 hari bekerja.