Anda boleh menyimpan sehingga 20 kenalan sebagai “Favourite” untuk memudahkan dan mempercepatkan pemindahan.
Untuk menambah kenalan sebagai kegemaran:
- Selepas melengkapkan pemindahan, tekan ikon ⭐ di sebelah nama penerima
- Masukkan nama panggilan dan tekan “Save”
- Anda akan menerima pengesahan bahawa kenalan telah berjaya ditambah
Untuk membuang kenalan daripada kegemaran:
- Pergi ke senarai “Favourite” dan pilih kenalan yang ingin dibuang
- Tekan “Remove favourite”
- Kenalan tersebut akan dikeluarkan daripada senarai anda