TNG Digital Business Account ialah perkhidmatan akaun eWallet perniagaan yang disediakan oleh TNG Digital Sdn Bhd, sebuah penerbit e-wang berlesen yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Akaun ini membolehkan peniaga TNG eWallet menerima bayaran terus ke dalam Business Account mereka, dengan akses serta-merta kepada dana tersebut. Anda juga boleh memindahkan wang dengan mudah ke eWallet lain atau ke akaun bank, memudah dan mempercepatkan pembayaran kepada vendor dan pembekal.