Pembatalan dibenarkan hanya 90 hari selepas tarikh pembelian anda dan akan berkuat kuasa pada dua belas (12) hari berikutnya selepas Caj pelepasan awal telah anda bayar. Caj pelepasan awal mungkin dikenakan. Caj pelepasan awal ditambah dengan semua pembayaran yang tertunggak kepada TNGD sehingga tarikh pelepasan. Caj pelepasan awal akan dikira berdasarkan formula berikut:
Bayaran Tertunggak (jika ada) + RM100 Caj Pelepasan
Sebagai contoh, jika pelan Soundbox Lite dengan Kad Sim anda ditamatkan pada hari ke-100 (tanpa bayaran tertunggak), anda akan dikenakan Caj pelepasan sebanyak RM100
Sila ambil perhatian bahawa rakan kongsi kami akan menghubungi anda untuk mengatur pengambilan peranti setelah penamatan diselesaikan.