Untuk setiap pembelian Pelan Harian Soundbox, anda akan dikenakan kos peranti, yang dianggap sebagai bayaran pembelian Soundbox. Selepas itu, anda akan dikenakan Sumbangan Operasi Harian berturut-turut (selama 219 hari, secara harian), dan Pembaharuan Sumbangan Operasi (dari hari ke-220 dan seterusnya, secara bulanan) di bawah. Semua pembayaran yuran akan dilakukan melalui Auto Debit dari akaun TNG eWallet pembeli. Jika kami tidak dapat menolak yuran daripada akaun TNG eWallet pembeli, kami akan menolak jumlah tertunggak tersebut daripada pembayaran Penyelesaian Peniaga (Merchant Settlement) pembeli pada masa hadapan.
| Pelan | Soundbox GO dengan Kad Sim | Soundbox GO | Soundbox Set dengan Kad Sim | Soundbox Set tanpa Kad Sim | Soundbox Pocket dengan Kad Sim |
| Kos Peranti | RM 1 | RM 0.80 | RM 1 | RM 0.80 | RM 0.60 |
| Sumbangan Operasi Harian (dicaj setiap hari selama 219 hari) | RM 1 | RM 0.80 | RM 1 | RM 0.80 | RM 0.60 |
| Pembaharuan Sumbangan Operasi*/ Kad Sim (dicaj bulanan selepas 219 hari) | RM 14 (Pembaharuan Sumbangan Operasi RM6* + Kad Sim RM8) | RM6* | RM 14 (Pembaharuan Sumbangan Operasi RM6* + Kad Sim RM8) | RM6* | RM 14 (Pembaharuan Sumbangan Operasi RM6* + Kad Sim RM8) |