Tidak. Jika Soundbox anda kini berada di bawah Pelan Soundbox TNG eWallet (Pelan Bulanan atau Pelan Harian), anda mesti terlebih dahulu menyelesaikan semua bayaran yang tertunggak dan memenuhi semua kewajipan di bawah pelan tersebut sebelum menyertai Soundbox Trade In Program.
Jika Soundbox anda tertakluk kepada kontrak, tempoh komitmen, pengaturan pembiayaan, atau sebarang perjanjian lain dengan penyedia perkhidmatan atau pihak ketiga lain, anda bertanggungjawab untuk menyemak dan mematuhi terma dan syarat yang berkenaan sebelum menyertai Soundbox Trade In Program.
Anda hanya boleh menukar tambah Soundbox setelah semua kewajipan yang berkenaan dipenuhi dan anda mempunyai hak sah untuk melupuskan Soundbox tersebut.