Soundbox Trade In Program membolehkan anda menukar tambah Soundbox lama anda dan membeli Soundbox TNG eWallet baharu pada harga promosi istimewa. Anda boleh menukar mana-mana jenama Soundbox, sama ada Soundbox TNG eWallet atau Soundbox yang dikeluarkan oleh bank, penyedia e-wallet, atau penyedia perkhidmatan pembayaran lain.
Sila ambil perhatian bahawa Soundbox baharu hanya boleh diaktifkan dan dipautkan ke Akaun Rakan Niaga TNG eWallet. Ia tidak serasi dengan akaun rakan niaga dari bank, penyedia e-wallet, atau penyedia perkhidmatan pembayaran lain.